nuffnang jugak..

Wednesday, September 7, 2011

read it =)

7H15 M3554G3 53RV35 7O PR0V3 H0W 0UR M1ND5 C4N D0 4M4Z1NG 7H1NG5! 1MPR3551V3 7H1NG5! 1N 7H3 B3G1NN1NG 17 WA5 H4RD BU7 N0W, 0N 7H15 LIN3 Y0UR M1ND 1S R34D1NG 17 4U70M471C4LLY W17H0U7 3V3N 7H1NK1NG 4B0U7 17, B3 PROUD! 0NLY C3R741N P30PL3 C4N R3AD 7H15. R3 P057 1F U C4N R35D 7H15 (:-)

Monday, September 5, 2011

wawa

Salam,

Hi Wawa!

Kau nak aku letak nama kau kat blog aku kan.. ade 1 entry siap untuk kau..

Nak cerita pasal kau karang kau malu pulak jadinya aku nak wish kau secara peribadi..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR & BATIN

untuk wawa and hubby..

jangan lupa kalau buat open house invite aku k...

XoXo,
Melly

7th Syawal

Salam..

Hi.. selamat hari isnin.. hari ini dah genap seminggu kita beraya.. hari ini jugak hari pertama saya berpuasa pada bulan syawal. saya just nak kongsi yang hari ni saya memang tak ada mood langsung nak kerja. selepas seminggu cuti saya dah tak ingat kerja apa yang saya bagi pada student saya.

yang saya sure. kerja saya bagi kat diorang tu MELAMBAK-LAMBAK..

nak cakap padan muka, tak sampai hati.. tapi nak sebut jugak lah.. RASEKAN..

bukan saya kejam sangat bagi diorang kerja time2 raya ni.. saya dah bagi lama tapi due date semua lepas raya kan.. so, saya ni berhati perut lah lagi..

nak cerita pasal hari raya.. seperti yang saya dah maklumkan sebelum ni hati saya macam agak kureng sikit untuk beraya tahun ni.. dan yang pastinya perkara tu memang betul-betul berlaku.. berbeza sangat sambut raya di kuantan dengan di kampung. kalau di kampung, walaupun penat tapi meriah. orang tak putus-putus datang. dekat kuantan, kita yang kena pergi beraya rumah orang.. pastu makan benda-benda pelik pulak tu. perut saya ni dah la manja. kalu sumbat makanan pelik-pelik je, mulalah buat hal.. tapi tak apalah. syukur alhamdulillah saya dapat beraya lagi tahun ni.. tahun depan.. siapa tahu?

gambar raya saya tak dapat nak upload lagi sebab sekarang saya di opis, saya gunakan pc opis. jadi tak dapatlah nak upload gambar raya. lagipun raya tahun ni tak banyak sangat gambar yang diambil.. sebab tukang amik gambar pon macam malas nak ambik gambar..

Raya ke empat mak ayah saya pergi ke Ipoh sebab sepupu saya nikah. saya dan adik bongsu saya tak ikut. kami terus ke kuala pilah beraya rumah pakcik dan kemudian pulang ke kuantan. Apa lagi yang nak dicerita ek.. owh.. semalam kawan-kawan saya iaitu rozie dan siti dari kuantan sempat singgah rumah saya di kuala pilah. sebenarnya mereka nak menghantar adik rozie ke matriks dekat rumah saya ni.. seronok jugak rasa sebab dah lama tak jumpa kawan.. raya kelmarin tak dapat kunjung mengunjung sebab semua balik kampung.. kecuali kami.. huhu..

hari ini saya puasa 6 dan puasa ganti jugak.. hehe.. sebelum nak tutup cerita saya nk kongsilah sikit fadilat puasa 6 syawal.. kita kongsi ramai-ramai k..


FADHILAT PUASA ENAM
Antara fadhilat puasa enam pada hari pertama sehingga hari keenam adalah :
  • Pada hari pertama - mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Adam.
  • Pada hari kedua - mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Yusuf ; keluar dosa dari tubuhnya bagaikan dilahirkan dari perut ibu.
  • Pada hari ketiga - mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Yaakob ; sekiranya berpuasa tanpa diketahui oleh orang lain, Allah tidak rela untuknya pahala kurang dari syurga.
  • Pada hari keempat - mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Musa
  • Pada hari kelima - mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Isa ; menyamai berpuasa sepanjang tahun.
  • Pada hari keenam - mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Rasulullah ; jika kebetulan seseorang makan berhampiran orang yan berpuasa itu, akan dibacakan istighfar untuknya oleh para malaikat.
Nota : Hukum puasa enam pada bulan Syawal adalah sunat. Segala khasiat yang diperturunkan oleh fadhilat di atas tidak akan berlaku tanpa izin Allah. Oleh itu, carilah keredaan-Nya dengan melaksanakan perintah-Nya serta menjauhi larangan-Nya di samping berikhtiar dengan sesungguh hati.


credits to amranns

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam,

Alhamdulillah.. bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya kita dapat bertemu lagi Syawal tahun ini.. Namun disebalik kegembiraan menyambut Syawal, saya agak bersedih hati meninggalkan Ramadhan ini.. Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan terakhir saya sebagai seorang perempuan bujang. InsyaAllah saya akan sambut lagi Ramadhan akan datang bersama suami tercinta..

Saya gembira kerana dapat mengerjakan solat sunat terawikh lebih dari 2 minggu secara berjemaah.. ada ketika saya terpaksa lakukan sendirian.. dan ada juga tertinggal kerana perkara-perkara yang saya tak dapat elakkan.. Namun begitu saya bersyukur kerana diberi peluang untuk beribadat kepada Nya.. Sebagai juga salah satu cara dalam persedian sebelum bergelar isteri.. Saya akui saya ada banyak kekurangan, namun saya akan cuba untuk menjadi insan yang lebih baik selepas ini..

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri khas buat insan-insan yang saya sayang.. Kepada kedua ibu bapa saya, adik-adik saya, cinta hati saya, kaum keluarga saya dan juga keluarga bakal mertua saya.. Saya memohon maaf jika terdapat sebarang kekhilafan yang telah saya lakukan tanpa saya sedari. Saya juga memohon dihalalkan segala makan minum saya. Di maafkan jika saya pernah terkasar bahasa atau berakap melampaui batas sempadan. Juga kepada sahabat handai, pelajar-pelajar saya, saya mohon maaf jika terdapat perilaku saya yang menghiris hati anda semua. Kepada pelajar-pelajar saya, saya doakan anda semua mendapat kehidupan yang cemerlang pada masa hadapan. Saya menghalalkan semua ilmu yang telah saya kongsikan kerana saya hanya ingin menyampaikan ilmu Allah agar terang masa depan kita semua dunia dan akhirat..

InsyaAllah kita semua dilindungiNya..

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin..

Lot's luv,

Melly..

Thursday, August 25, 2011

talk to me..

Salam,

Pada petang Rabu yang selesa, saya menanda kertas test 3 PHY 110 saya. Baru selesai 1 soalan, lagi 1 soalan.. test kali ni saya bagi 2 soalan sahaja. Tapi jawab dalam sejam. Tahu berapa jumlah markah? 30 okey..

Tetiba saya teringat, kita da counting days nak raya.. (wah..macam tak ada semangat je cik melly). saya tiada sebab untuk tidak semangat, hari-hari saya teringat bab nak raya n bab nak kahwin. hehe.

Tapi saya cuma agak terkilan mengenai 2 perkara:

1) Saya rindu arwah atuk saya. Ini raya pertama kami beraya tanpa arwah. Arwah meninggal pada 4 Disember 2010. Terkilan jugak sebab arwah tak sempat nak kenal bakal suami saya..







sorry.. ini aja gambar dalam pc ni yang ada.. yang lain dalam laptop.. uwaaaaaaaaa,, sebut pasal laptop, dia terbakar semalam. sedih..

Itulah arwah aki, dia pakai baju hijau tu. gambar ni raya 2009.. rindu dia.. saya xputus doakan dia dalam solat saya. Semoga Allah s.w.t tempatkan dia di kalangan org yg beriman.. Amin..

Arwah aki saya seorang yang supercool, super baik, super hensem n semua super.. sedih-sedih.. tak leh teruskan lagi.

okeh.

2) sebab wan saya masih sakit lagi. dia bukan uzur kerana penyakit fizikal, penyakit rohani. susah nak gambarkan penyakit tu macam mana. Jadi, kami sekeluarga terpaksa lah beraya di Kuantan. 27 tahun mak saya tak pernah miss balik kampung. Inilah tahun pertama tak balik beraya di kampung.

Oklah, sebelum mengundurkan diri saya nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin. Esok insyaAllah saya akan pulang ke Kuantan. Nasihat saya pandulah berhati-hati. pandu cermat jiwa selamat. Speed trap bertabur-tabur musim cuti ni. Nasihat kepada diri sendiri, sabor banyak-banyak Mel. Berzikir banyak-banyak dalam kereta esok, mesti rasa tak lama. Hehe.. Maklumla, saya ada penyakit tak boleh duduk lebih dari 2 jam. Nanti bontot yang sexy ni boleh krem. hahaha.

Satu lagi, saya nak kongsi pantun dari emel kawan saya ni. Menarik, tertarik, kau memang debomm..


اَلسَّلامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُه

& Salam sejahtera....

Jika kesilapan semalam belum terampun, MOHON DIMAAFKAN....

Jika kesilapan hari ini menyakitkan hati, MOHON DILUPAKAN...

Jika kesilapan esok mendatang, MOHON TIDAK DIBAWA KE AKHIRAT...

Jika kesilapan diri ini masih tersisa di hati, KU MOHON MAAF ZAHIR & BATIN..... :D


Mari hayati pantun raya ikut negeri...

N.SEMBILAN
Masak lomak cili api,
Campo dongan daun turi,
Hari rayo kolumpo sopi,
Tinggal penyamun dongan pencuri,
(orang kolumpo jgn kocik ati!!! :p)

KELANTAN
Make ike cicoh budu,
Jange lupo tambah satar,
Kelik rayo toksih laju,
Nanti rayo dale sepita.

PAHANG
Sepadan Pahang ada kasino,
Nasi dagang ikan patin,
Jange mu masam muko,
Raya makan rendang sadin.

JOHOR
Cenggitu cenggini awak suke,
Awak suke kite tak suke,
Esok luse hari raye,
Sama-sama bersuke ria.

MELAKA
Hawau kau berak merate,
Kaki bengkak ulau patok,
Kalu balik naik kereta,
Jangan pandu kalau ngantok.

SELANGOR/K.LUMPUR
Wa cakap lu, wa tak tau,
Tapi wa tipu sama lu,
Raya jangan buat tak tau,
Angpau ada bagi wa dulu,

PERAK
Gulei tempoyak ikan mayong,
Deroyan busok tebok tupei,
Pandu hemat ingat kampong,
Ase kome selamat sampei.

KEDAH
Aloq Staq trketaq-ketaq,
Lapaq perut makan pau,
Macam mana tak ketaq,
Kena paksa bagi angpau.

PENANG
Nasi kandaq kedai mamak,
Pjah mami ranjong juai pasemboq,
Lepaih raya jgn dok triak,
Kalu ceti mai kot dapoq.

PERLIS
Padang besaq kecik ja,
Tempat siam lalu lalang,
Hari raya kita berbelanja,
Jangan sampai menambah utang.


Hahaha..

Opps ada satu lagi yang menarik. Ini semua kena baca

  Antara Lokasi Speedtrap di Semenanjung Malaysia


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjDqlW8QjMlI5WteFDbtc-FEJwN1vkPfwDiv-QQrbt6v28FQJ-UuV9OXNzYbfJ78yl9jXKELJjBI3wG1n1HXB1-dPUZ9WeA2uePTeEX0KkUUtQ-oUs8Znc_slvd7tN7HgxD1YIui9wJvIqR/s320/359_PLUS+Expressways.jpgPLUS Arah Utara (Dari KL):

1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting

2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting

3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan

4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara

5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai

6- Km 296 berdekatan exit Gopeng

7- Km 352.6 selepas exit Sungkai

8- Km 373 berdekatan exit Slim River

9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar

10- Km 308.6 selepas exit Gopeng

11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora

12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun

13- 2 km after tol Juru (90km/j)

14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)


PLUS Arah Selatan:

1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan

2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)

3- Km 253 selepas exit Senawang

4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah

5- Betul2 di exit Jasin

6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak

7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara

8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam

9- Betul2 di exit Sedenak


PLUS Tengah:

1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh

2- Betul2 di exit Bukit Lanjan

3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh

4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang

5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi


NKVE

1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)

2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)

3- Betul2 di exit Damansara

4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi

5- Betul2 di exit Shah Alam


KESAS

1- Km 44.8 berdekatan exit LDP

2- Berhadapan Endah Parade

3- Betul2 di exit Hicom


ELITE (Dari arah KLIA)

1- Km 4.8 selepas exit Batu 3

2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro

3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ

4- Km 10 sebelum exit USJ


JALAN PERSEKUTUAN

1- Bersebelahan Hotel Mint

2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan

3- Berhadapan dengan Istana Negara

4- Berhadapan dengan Muzium Negara

5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)

6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)

7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)

8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)

9- Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)

10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)

11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)

12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)

13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai

14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)

15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)

16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)

17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)

18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas

19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang

20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju

21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras

Bye.

Sunday, August 21, 2011

bermalas-malasan

Salam,

Berahad-ahad, bermalas-malas..

Apa kena la kau ni cik Melly, entry sebelum ni pun hari Ahad jugak. Entri hari ni pon hari Ahad jugak. nampak sangat ko dah tak ada idea nak buat hari lain kan...

betul-betul-betul..

Apa plak saya tak ada idea, dah start menulis ni maksudnya nak start merapu lah ni. Hari ni venue tak seperti biasa. Biasanya kalau menulis entri, saya menulis di opis, tak pun di rumah tercinta. Tapi hari ni tukar selera sikit. Bila tukar selera, bertukar-tukar lah tempat.. Hahaha.. Apa hal la kau hari ni kan..

Ok.. ini hari saya menulis di rumah pakcik tercinta..

Haaa, ape kau buat hah?!

Saya tak habis cerita lagi, rilekssslaaaa...

Saya berbuka kat sini tadi, jangan risau... Bakal mak mertua & ayah mertua saya pun ada ni. Buahati saya tengah solat isyak tu.. solat terawikh?? Allahualam...

Semalam saya berbuka dengan pakcik tercinta jugak, tapi bukan berdua je.. dengan adik & rerakan taulan dia la.. Kami berbuka Nasi Arab di Alaldin Seremban 2 City Park.. Tempat ni memang tempat baru, kedai kawan-kawan pakcik jugak.. Kawan-kawan kenalah supportkan.. Alang-alang nak berbuka puasa bersama rakan-rakan, buka lah kat kedai makan kawan.. mudah sikit..

Alamak.. nak kena alik.. nanti saya sambung k..

bye..

Friday, August 19, 2011

Mana Mak?

Credit to nadiah..

Jam 6.30 petang. 
Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama. 
Ayah baru balik dari sawah. 
Ayah tanya Mak, “Along mana?’ 
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.” 
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?” 
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.” 
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?” 
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?” 
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?” 
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.” 
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika. 
Dua puluh tahun kemudian 
Jam 6.30 petang 
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari. 
Ayah tanya Along, “Mana Mak?” 
Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak tahu.” 
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?” 
Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.” 
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?” 


Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah.  


Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"   


Ateh  menjawab, “Entah.”  


Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah. 
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?” 
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu. 


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu. 


Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak. 
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?" 
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!” 
Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik.  


Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.  


Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika. 


Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"  


Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak . 
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut. 


Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.   


Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya. 


Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini. 
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.  


Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham.  


Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni." 


Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak. 


Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur. 


Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi. 


Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.  


Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu.  


Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam. 
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.   
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat."  


Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak. 


Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.” 
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.  

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.  


Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak. 
Beberapa tahun kemudian 
Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”. 
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”   
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.  


Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.  


Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu. 
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.  


Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak. 
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..   
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai. 
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah, 
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya. 
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , " Mana mak ?" " 


Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal." 


"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..  


Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"     


Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan " Mana Mak? "  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.  
Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. 
Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil.