if i have something in mind, i'll share it with you.. Officially become a wife to Mohd Hezri Mohd Shafian on 141011
nuffnang jugak..
Tuesday, February 22, 2011
Wednesday, February 16, 2011
keluarga saya
Salam.
Selamat malam.. saya teringat plak malam2 buta ni 3 org adik saya.. msti bley teka mn 1 yg 2, 3 n ke 4 kan.. tu je laa yg saya ada.. sume pon pompuan.. tapi akn datang saya bakal dpt adik ipar lelaki.. hehehe..
ni lah bebudak tu.. aleen, nana & aira...
p/s miss u all la my hunnybum2..
Tuesday, February 15, 2011
isteri solehah..
Wanita solehah ialah mereka yang pandai menghibur dan melayan suami dengan mempersembahkan segala kemesraan, kemanjaan dan cinta sepenuh hati sehingga suami sentiasa rindukan dirinya malah tidak mahu berpisah walaupun sekejap.
Bukan perkara yang susah mahu menjadi wanita solehah. Hanya dengan senyuman yang manis dan menambat hati suami, mereka boleh menduduki carta itu.
Ada yang berkata senyuman isteri yang dilakukan dengan ikhlas semata-mata untuk suami lebih baik daripada menggunakan produk alat solek jenama mahal yang berharga ratusan ringgit.
Pandangan yang mesra dan lembut ibarat celak yang paling indah menghiasai sepasang matanya. Kelembutan dan kehalusannya berbicara seperti pakaian yang paling cantik dipakainya.
Suami mana akan memandang ke belakang apabila isterinya sentiasa harum dan bersih. Malah, aroma itu pasti memikat selera suami untuk sentiasa berada di samping isteri daripada berborak bersama rakan di kedai kopi.
Berapa ramai isteri yang memberikan senyuman manis, pandangan yang mesra dan lembut serta wajah yang berseri-seri ketika mengiringi suami keluar rumah atau menyambut kepulangannya di muka pintu.
Rasululullah s.a.w pernah bersabda bahawa isteri solehah ialah yang menggembirakan suaminya apabila suami melihat kepadanya.
Bayangkan suami yang pulang dalam keadaan letih kerana beban tugas di pejabat ditambah kesesakan jalan raya, isteri yang menyambut di muka pintu menguntum senyuman, wajah yang dihiasi cantik, menolong membawa beg, membuka sarung kaki dan menyediakan minuman untuk menghilangkan dahaga.
Memang sukar mencari ciri-ciri wanita sedemikian kerana kebanyakan isteri terutama yang bekerja terlalu terbawa-bawa perangai mereka di pejabat sehingga suami tidak diberi perhatian. Akhirnya, suami jemu dan sengaja balik lewat ke rumah.
Kadangkala kita tertanya-tanya mengapa sesetengah lelaki suka mencari pelacur untuk memuaskan nafsu. Tidakkah mereka takut dengan hukum Allah dan risiko jangkitan penyakit yang boleh mereka dapat.
Sebenarnya, sesetengah lelaki gemar mencari perempuan lacur kerana mereka mendapat layanan kelas satu ketika bersama wanita berkenaan. Mereka tidak mendapatnya ketika di rumah apatah lagi isteri yang terlalu sibuk dengan kerja sehingga mengabai nafkah batin kepada suami.
Mungkin ada yang berkata, wanita lacur memberi layanan kelas satu kerana mereka dibayar atau mendapat tip.
Adakah isteri juga mahu suami memberi bayaran kepada mereka semata-mata untuk mendapatkan layanan kelas satu? Jika isteri mempunyai pandangan sedemikian, jangan melenting jika dikatakan mereka juga sama dengan pelacur.
Layanan isteri kepada suami tidak perlu kepada unsur kewangan. Sebagai ketua rumah tangga, suami perlu menyediakan keperluan kepada isteri termasuk makan minum, pakaian, perhiasan dan belanja isteri.
Jika perkara ini dilaksanakan, apa alasan isteri untuk tidak memberi layanan kelas satu kepada suami.
Beruntung isteri yang tahu melayan dan menghiburkan suami kerana selain mendapat kenikmatan, mereka juga mendapat ganjaran pahala daripada Allah.
Isteri yang sengaja enggan melayan nafsu suami akan dilaknat malaikat kerana tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suri rumah tangga.
Kajian mendapati suami yang mendapat belaian dan kasih sayang isterinya akan cemerlang di tempat kerja dan masyarakat. Mereka tidak memerlukan apa-apa lagi melainkan isteri di sisi.
Mungkin ramai yang tidak percaya bahawa semangat suami lebih tinggi jika mendapat kasih sayang isteri. Suami manusia biasa, walaupun segagah atau segarang mana mereka, jika dimanja atau dibelai, mereka ibarat harimau jinak.
Justeru, isteri perlu mempunyai teknik atau kaedah untuk memikat suami, bukan semata-mata wajah yang jelita atau harta yang banyak.
Bayangkan ketika kecil, anak mendapat perhatian dan kemanjaan ibu bapa, tentu anak membesar menjadi manusia yang baik. Tetapi jika tiada kasih sayang ibu bapa, anak pasti membesar sebagai manusia yang tidak terkawal.
Oleh itu, isteri perlu faham, walau setinggi mana pangkat, kedudukan, harta dan darjat mereka, jangan lupa memberi kasih sayang dan kemanjaan kepada suami. Senyuman, kemanjaan, pakaian dan haruman adalah senjata untuk memancing manusia bernama lelaki..
kredits to mesra.net
Sunday, February 13, 2011
mari menjawab..
Salam,
Tetibe arini bosan plak.. sambil2 menunggu 'pakcik' datang amik sebab jap g saya mau beli makanan untuk melantak.. tetibe terbaca plak blog member lama nih.. n sebab dah bc2 tetibe terkena wat..so sy 'copy' n nak jwb la soalan ni...cikidaut..
Tetibe arini bosan plak.. sambil2 menunggu 'pakcik' datang amik sebab jap g saya mau beli makanan untuk melantak.. tetibe terbaca plak blog member lama nih.. n sebab dah bc2 tetibe terkena wat..so sy 'copy' n nak jwb la soalan ni...cikidaut..
soalan ketame:
~apa bende paling penting dalam hidup anda?
banyak menda.. tapi kalu nk list out kan first family, second my dear pakcik, then my friends, my CBR, my students, my books..
~bende terakhir korang beli pakai duit sndiri?
hahaha..majalah HARMONI.. sebab pakcik kata zaquan n ayu jd cover.. jom kite tgk.. bley amik idea plan wedding kite..cayalah pakcik..berasa zaquan...huhuhu
dimana tempat perkahwinan dan tema perkahwinan korang?
kompem kat umh sebab parents da byk kali sebut tema nye..supriselaaaa..
adakah korang sedang bercinta sekarang?
off coss.. pakcik tu kan lelaki.. sy pompuan..(kami bukan gay)... pakcik..luv u dear!
berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
sampai syurga laa..
novel buku majalah terakhir yang korang beli?
baru jawab tadi HARMONI.. tp majalah tu sy xsempat belek lgi..sebab malam td ms pakcik anta blk dia ckp..."majalah tu tinggal dalam keta, bagi abg baca dlu" amikla dear...
antara mak dan ayah korang yang mana korang lebih mesra/manja?
my daddy kott.. tp mama pon sm jek..2 2 laa..kalu dorg bace mesti nti salah sorg dengki..huhuhu..
namakan org yang betul2 korang nak jumpe dalam hidup korang?
saya dah jumpa.. nama dia MOHD HEZRI MOHD SHAFIAN.. kate namakan..dia dah ade nm sendiri pn..
adakah korang basuh baju sendiri?
x.. mesin basuh yg tolong.. jap g sy jemur jek..
dimanakah tempat yang betul2 korang nak pegi?
btol2 nk g.. MAKKAH al MUKARRAMAH..
EUROPE dah g hemm..AUSSIE pon teringin gak..
pilih salah satu .. peluk atau cium...?
xnak pilih..nak 2 2.. choppp!!
beritahu 3 bende tentang org yg tag anda?
yg sy tau dorg mesti sayang sy, dorg nak kate sy kute tapi dorg malu, n sebab dorg nk sy jd lebih famous dr dorg...kekekeke
5 lagu yang korang selalu dengar
banyak gile lagu selalu dengar.. tp skg ni sllu dengar lagu 90's sbb pakcik suke dengar SURIA.FM.. kalu sy tukar dia marah sbb dia kate ngantok..pdhal lagu tu yg buat dia ngantok!
top 5 lagu pilihan saya:
sixth sense: cinta gila
taylor swift : mine
malique & najwa: senyum
monoloque & atilia : kekanda adinda
bruno mars : grenade
3 blogger yg dipertanggungjawabkan utk jawab tag ini..
saya sahut dah cik zilla nye cabaran.. then sy pas kat sume yg baca..lebih2 bf sy si pakcik tu..jwb kat ym sbb anda tiada blog!
kredits: http://fuzzy-zilla401.blogspot.com/
Friday, February 11, 2011
valentine's day.. dari sudut pandangan islam
Sebenarnya ada banyak versi yang tersebar berkenaan dengan asal-usul dari Valentine’s Day, namun pada umumnya kebanyakan orang mengetahui tentang peristiwa sejarah yang dimulai ketika dahulu kala bangsa Romawi memperingati suatu hari besar setiap tanggal 15 Februari yang dinamakan Lupercalia. Peringatan hari besar ini dirayakan untuk menghormati Juno (Tuhan Wanita) dan Perkawinan, serta Pah (Tuhan dari Alam). pada saat itu digambarkan orang-orang muda (laki-laki dan wanita) memilih pasangannya secara diundi, kemudian mereka bertukar hadiah sebagai pernyataan cinta kasih. Dengan diikuti berbagai macam pesta dan hura-hura bersama pasangannya masing-masing.
Perayaan Lupercalia adalah rangkaian upacara pensucian di masa Romawi Kuno (13-18 Februari). Dua hari pertama, dipersembahkan untuk dewi cinta (queen of feverish love) Juno Februata. Pada hari ini, para pemuda mengundi nama–nama gadis di dalam kotak. Lalu setiap pemuda mengambil nama secara acak dan gadis yang namanya keluar harus menjadi pasangannya selama setahun untuk senang-senang dan obyek hiburan. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan srigala. Selama upacara ini, kaum muda melecut orang dengan kulit binatang dan wanita berebut untuk dilecut karena anggapan lecutan itu akan membuat mereka menjadi lebih subur.
Ketika agama Kristen Katolik menjadi agama negara di Roma, penguasa Romawi dan para tokoh agama katolik Roma mengadopsi upacara ini dan mewarnainya dengan nuansa Kristiani, antara lain mengganti nama-nama gadis dengan nama-nama Paus atau Pastor. Di antara pendukungnya adalah Kaisar Konstantine dan Paus Gregory I (lihat: The Encyclopedia Britannica, sub judul: Christianity). Agar lebih mendekatkan lagi pada ajaran Kristen, pada 496 M Paus Gelasius I menjadikan upacara Romawi Kuno ini menjadi Hari Perayaan Gereja dengan nama Saint Valentine’s Day untuk menghormati St.Valentine yang kebetulan mati pada 14 Februari (lihat: The World Book Encyclopedia 1998).
The Catholic Encyclopedia Vol. XV sub judul St. Valentine menuliskan ada 3 nama Valentine yang mati pada 14 Februari, seorang di antaranya dilukiskan sebagai yang mati pada masa Romawi. Namun demikian tidak pernah ada penjelasan siapa “St. Valentine” termaksud, juga dengan kisahnya yang tidak pernah diketahui ujung-pangkalnya karena tiap sumber mengisahkan cerita yang berbeda. Menurut versi pertama, Kaisar Claudius II memerintahkan menangkap dan memenjarakan St. Valentine karena menyatakan tuhannya adalah Isa Al-Masih dan menolak menyembah tuhan-tuhan orang Romawi. Orang-orang yang mendambakan doa St.Valentine lalu menulis surat dan menaruhnya di terali penjaranya.
Versi kedua menceritakan bahwa Kaisar Claudius II menganggap tentara muda bujangan lebih tabah dan kuat dalam medan peperangan dari pada orang yang menikah. Kaisar lalu melarang para pemuda untuk menikah, namun St.Valentine melanggarnya dan diam-diam menikahkan banyak pemuda sehingga iapun ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M (lihat: The World Book Encyclopedia, 1998). Kebiasaan mengirim kartu Valentine itu sendiri tidak ada kaitan langsung dengan St. Valentine. Pada 1415 M ketika the Duke of Orleans dipenjara di Tower of London, pada perayaan hari gereja mengenang St.Valentine 14 Februari, ia mengirim puisi kepada istrinya di Perancis. Kemudian Geoffrey Chaucer, penyair Inggris mengkaitkannya dengan musim kawin burung dalam puisinya (lihat: The Encyclopedia Britannica, Vol.12 hal.242 , The World Book Encyclopedia, 1998).
Lalu bagaimana dengan ucapan “Be My Valentine?” Ken Sweiger dalam artikel Should Biblical Christians Observe It?” mengatakan kata “Valentine” berasal dari Latin yang berarti : “Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat dan Yang Maha Kuasa”. Kata ini ditujukan kepada Nimrod dan Lupercus, tuhan orang Romawi. Maka disadari atau tidak, -tulis Ken Sweiger- jika kita meminta orang menjadi “to be my Valentine”. Dalam Islam hal ini tentu termasuk Syirik, artinya menyekutukan Allah. Adapun Cupid (berarti: the desire), si bayi bersayap dengan panah, adalah putra Nimrod, the hunter (dewa Matahari). Disebut tuhan Cinta, karena ia rupawan sehingga diburu wanita bahkan ia pun berzina dengan ibunya sendiri!
MENYINGKAP HARI VALENTINE
Sejarah Valentine di atas menjelaskan kepada kita apa dan bagaimana Valentine’s Day itu, yang tidak lain bersumber dari paganisme orang musyrik, penyembahan berhala dan penghormatan pada pastor. Bahkan tak ada kaitannya dengan kasih sayang. Lalu kenapa kita masih juga menyambut hari valentine? Adakah ia merupakan hari yang istimewa? Adat kebiasaan? Atau hanya ikut-ikutan semata tanpa tahu asal muasalnya? Bila demikian, sangat disayangkan banyak teman-teman kita -remaja putra-putri muslim – yang terkena penyakit ikut-ikutan mengekor budaya Barat dan acara ritual agama lain.
Allah SWT berfirman :
“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mengetahui tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan diminta pertangggungjawabnya? (QS. Al-Isra’ [17]: 36).
Ikut Valentine’s Day berarti menghancurkan kepribadian dan karakter kita sendiri, kepribadian muslim. Maka dari itu jauhilah kebiasaan yang jahiliyah, yang dapat merosak keperibadian kita, merosak keIslaman kita. Jika generasi muda muslim telah rosak, maka Islam ini akan mudah dihancurkan. Kita sebagai muslim memiliki karakter dan kepribadian yang khas dan istimewa berdasarkan teladan Rasulullah SAW. Tanggung jawab kita adalah mengamalkan dan memeliharanya. Jadi, mengapa harus mengambil kepribadian orang lain yang belum tentu baik, atau bahkan nyata keburukannya? Wallahu A`lam.
Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day
Tarikh Keputusan: 24 Nov, 2005
Oleh: Muzakarah Kali Ke 71
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.
Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
Keterangan/Hujah:
Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.
Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.
Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:
من تشبه بقوم فهو منهم
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
( Riwayat Abu Daud)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda:
من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود
“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.
Hari kekasih boleh rosakkan akidah
"Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar." Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (mengenai kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh daripada Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. Orang yang kami berikan kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutar-belit maksudnya), mereka itulah orang yang beriman kepadanya; dan sesiapa yang mengingkarinya, maka mereka itulah orang yang rugi."
(Surah al-Baqarah, ayat 120-121)
Fikrah: Hari kekasih boleh rosakkan akidah
KEDATANGAN 14 Februari setiap tahun dinanti-nantikan kebanyakan remaja bagi meluah atau menyatakan rasa kasih sayang antara satu sama lain. Hari Valentine atau 'Hari Kekasih' disambut dengan pelbagai cara dan acara dari kiriman kad dan bunga hingga parti tari menari.
Acara ini bermula pada 13 Februari, iaitu setiap gadis akan menuliskan namanya pada sehelai kertas dan memasukkannya ke dalam sebuah kotak. Kemudian pada 14 Februari setiap pemuda akan memilih satu lipatan kertas dalam kotak itu. Mereka akan hidup bersama perempuan yang ada namanya dalam lipatan kertas itu selama satu tahun. Jika dalam masa itu mereka menganggap diri masing-masing sesuai antara satu sama lain dan saling mencintai, maka kedua-duanya akan dinikahkan. Upacara ini dikenali sebagai Lupercalia.
Selepas agama Kristian memasuki Rom, maka mereka mengambil dan mewarnai upacara tradisi ini dengan unsur Kristian serta menjadikannya sebahagian daripada ajaran agama mereka.
Menurut Encyclopedia Britanica, pada 496 Masihi, Gelasius I menjadikan upacara ini satu bentuk daripada perayaan gereja dan menukar Lupercalia kepada Valentine's Day. Ia untuk menghormati St Valentine, iaitu seorang yang dianggap suci dalam agama Kristian yang kebetulan mati pada 14 Februari.
The Catholic Encyclopedia pula menjelaskan bahawa ada tiga orang suci (saint) dalam agama Kristian yang mempunyai nama Valentine. Mereka ialah orang yang dianggap memiliki jasa besar terhadap agama itu. Antara mereka ialah St Valentine yang hidup pada zaman Claudius II.
Mengikut beberapa sumber, Valentine, seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama itu di Rom.
Pada masa pemerintahannya, Claudius II memenjara orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, dia ditangkap dan diseksa dalam penjara.
Dia walaupun berada dalam penjara, tetap berusaha mengajar dan menyebarkan agama itu di kalangan banduan. Valentine juga membantu tawanan penjara melepaskan diri dari penjara. Kegiatan ini diketahui Raja Rom dan dia diseksa. Akhirnya dia dihukum bunuh pada 14 Februari.
Orang Kristian menganggap Valentine seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganutnya. Dia disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.
Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati antara seorang hamba dengan tuhannya dan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika dalam penjara, dia jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara. Pada akhir hayatnya sebelum dibunuh, dia sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis itu yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu).
Hakikatnya, adalah tidak boleh orang Islam menyertainya kerana ia adalah hari perayaan bagi orang Kristian.
Memang Islam sangat menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang antara satu sama lain, tetapi untuk meluahkan kasih sayang antara seorang lelaki dan perempuan perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syarak. Ia bukannya yang menggalakkan kepada perkara yang mendorong atau merangsang kepada yang dilarang dan maksiat.
Hakikatnya, Islam adalah agama yang praktikal, bukan mengongkong. Islam agama yang mengatur kehidupan dengan lebih sempurna. Islam tidak pernah menyekat hubungan kasih sayang antara umatnya.
Dalam Islam ada tiga kategori kasih. Pertama, kasih Pencipta (Allah) kepada hamba-Nya. Kedua, kasih hamba kepada Pencipta dan ketiga, kasih makhluk sesama makhluk.
Banyak ayat al-Quran dan hadis menyatakan mengenai hikmat dan besarnya faedah berkasih sayang.
Allah menjelaskan keagungan nikmat-Nya kepada makhluk-Nya melalui nikmat kasih sayang yang tafsirnya: "Dan (Dialah) yang menyatupadukan antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di muka bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatupadukan antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan antara (hati) mereka."
(Surah al-Anfaal, ayat 63).
Firman-Nya lagi bermaksud: "Lalu Allah menyatukan antara hati (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara." (Surah Ali Imran, ayat 103).
Dengan penjelasan ayat di atas bahawa Allah sangat mencela dan mengingatkan dengan keras terhadap perpecahan sesama makhluk. Allah juga memerintahkan umat Islam supaya sentiasa berpegang teguh dengan agama Allah dan dilarang berpecah belah dan bermusuhan.
Kasih sesama makhluk pada sifatnya tidak kekal, ia bergantung kepada keadaan. Tetapi kasih hamba kepada pencipta-Nya dengan iman dan takwa dan kasih Pencipta kepada hamba-Nya adalah berkekalan. Hal ini jelas seperti firman Allah bermaksud:
"Katakanlah (Wahai Muhammad saw): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengetahui." (Surah Ali Imran, ayat 31).
Oleh itu, sebaik-baiknya hendaklah setiap orang Islam khasnya golongan remaja tidak terikut-ikut dengan budaya 'Hari Kekasih' yang dicipta oleh orang Kristian. Sebaliknya, hendaklah menumpukan masa dan waktu kepada Allah dengan melakukan perkara yang mendatangkan manfaat, yang matlamat akhirnya menghidupkan cinta kepada Allah.
'Hari Kekasih' yang dibawa oleh orang Barat tanpa disedari bertujuan meleka dan merosakkan akhlak masyarakat Islam.
Bagi menjelaskan masalah sebilangan remaja yang begitu mudah terpengaruh dengan budaya asing, al-Quran memberi pengajaran dan ingatan kepada umat Islam, bahawa orang Yahudi dan Kristian akan terus berusaha sedaya upaya untuk memperdaya umat Islam supaya mengikut kehendak mereka. Allah berfirman bermaksud :
"Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar." Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (mengenai kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh daripada Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. Orang yang kami berikan kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutar-belit maksudnya), mereka itulah orang yang beriman kepadanya; dan sesiapa yang mengingkarinya, maka mereka itulah orang yang rugi." (Surah al-Baqarah, ayat 120-121)
Ayat ini memberi pengajaran kepada umat Islam bahawa orang Yahudi dan Nasrani itu akan terus berusaha sedaya upaya untuk memperdaya orang Islam supaya mengikut telunjuk dan kehendak mereka.
Pelbagai cara dan jalan yang mereka lakukan untuk merosakkan kepercayaan dan keperibadian orang Islam. Malangnya, masih ada umat Islam yang tidak menyedari hakikat ini. Maka, bukan sedikit dari kalangan umat Islam yang terikut-ikut dengan adat dan budaya serta cara hidup mereka. Kononnya, menurut peredaran zaman, sekalipun yang diikuti itu bersalahan dengan ajaran Islam dan bertentangan dengan akhlak dan budi pekerti mulia.
Oleh itu, sebagai orang Islam kita hendaklah membuat sesuatu perkara itu dengan mengikut landasan Islam yang sebenar. Mengamalkan adat dan budaya Melayu yang sopan lagi tertib tidaklah salah, asalkan tidak bertentangan dengan prinsip dan ajaran Islam.
Harus diingat mengamal dan mengikut budaya asing, terutama dalam meraikan hari tertentu tanpa mengetahui latar belakang perayaan itu, sebenarnya akan menjerumuskan umat Islam kepada kehancuran. Hal ini kerana perkara seperti ini bukan saja menjejaskan akhlak orang Islam, bahkan boleh menjejaskan keimanan dan akidah mereka.
Tuesday, February 8, 2011
happy birthday my dear..
my love..
On your birthday sweetheart, on this special day for you,
You mean the world to me and I wish I could just show,
How good you make me fell I'm sure you'll never know.
With each birthday that passes, you mean so much to me,
I am so grateful for those things you do that you think may go unseen.
It's always so important to make an effort for this time,
You deserve the best you deserve the most I'm so glad that you are mine
I don’t that much money to buy you stuff
So this feeling I’ll confess as treasures
That money can’t buy
Words full of love, care and dedication
Well, the fact that you were born
And in this reality that we’ve met
And being beside me through good and bad times
I’ve to say thank you! Thank you!
And happy, Happy birthday!
It’s another special magical day for you this year!
Lotsa love all the time
us in 2011
us in 2009
lots of luv,
melly
Monday, February 7, 2011
My aquarius man..
The Aquarius man is a man of sense, with a kind heart, and this thing is reflected on his face. He attracts with his intelligence, humour and loving eyes.
The Aquarius man is difficult to describe though, because he brings along a world full of contradictions and paradoxes. He has an original thinking, is curious and he likes experiencing, but hates compulsion. He is extremely independent and he always fights against conformism and conservative minds. He loves the human kind as a whole and wants to see it advance... here and now!
One of his paradoxes is that, although the Aquarius man is a progressive and a democrat and he embraces new ideas, coping with unforeseen changes, he sometimes amazes the others with his fix ideas, his stubbornness and rigid attitude to certain subjects.
The Aquarius man cares for friendship very much and he is always ready to help you, even to make sacrifices for his friends. Although he rather lives in a world of ideas, this cerebral man reacts especially to feelings and affection.
Another paradox is that the Aquarius man feels embarrassed when manifesting his own emotions. To him, simple words such as "I love you", "I’m crazy about you" and even "I hate you" are taboos and he may very well never bring flowers to his lover.
The Aquarius man can love very deeply, but he won’t show it very often and under no circumstance will he show it through those little gestures that make relationships so pleasant, although he would give his life for his half. He just doesn’t have the skill of the sentimental subtlety.
The Aquarius man can love with sincerity but it is possible that he will avoid making any commitment and will settle for a number of enchanting love affairs. This is because he is afraid of losing his freedom. The best solution for the Aquarius man is a marriage born of friendship and complicity, to a nice, intelligent woman who is as independent as he is. This marriage will work in the spirit of absolute reciprocal freedom..
The Aquarius man is difficult to describe though, because he brings along a world full of contradictions and paradoxes. He has an original thinking, is curious and he likes experiencing, but hates compulsion. He is extremely independent and he always fights against conformism and conservative minds. He loves the human kind as a whole and wants to see it advance... here and now!
One of his paradoxes is that, although the Aquarius man is a progressive and a democrat and he embraces new ideas, coping with unforeseen changes, he sometimes amazes the others with his fix ideas, his stubbornness and rigid attitude to certain subjects.
The Aquarius man cares for friendship very much and he is always ready to help you, even to make sacrifices for his friends. Although he rather lives in a world of ideas, this cerebral man reacts especially to feelings and affection.
Another paradox is that the Aquarius man feels embarrassed when manifesting his own emotions. To him, simple words such as "I love you", "I’m crazy about you" and even "I hate you" are taboos and he may very well never bring flowers to his lover.
The Aquarius man can love very deeply, but he won’t show it very often and under no circumstance will he show it through those little gestures that make relationships so pleasant, although he would give his life for his half. He just doesn’t have the skill of the sentimental subtlety.
The Aquarius man can love with sincerity but it is possible that he will avoid making any commitment and will settle for a number of enchanting love affairs. This is because he is afraid of losing his freedom. The best solution for the Aquarius man is a marriage born of friendship and complicity, to a nice, intelligent woman who is as independent as he is. This marriage will work in the spirit of absolute reciprocal freedom..
Subscribe to:
Posts (Atom)