nuffnang jugak..

Monday, August 8, 2011

saje2 je kan nak update majlis konvo di UKM sidang 26 Sept 2011 ini..



MAJLIS KONVOKESYEN KE-39 [Atas]
Untuk makluman tuan/puan Majlis Konvokesyen ke-39 pada kali ini akan dilangsungkan dalam satu sesi iaitu bermula dari 24 September hingga 27 September 2011(empat hari /8 sidang). Tuan/puan adalah diundang menghadiri Majlis Konvokesyen tersebut mengikut giliran iaitu berdasarkan fakulti masing-masing.


MELAPOR DIRI [Atas]
Graduan Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Diploma Siswazah dikehendaki melapor diri kepada petugas Pusat Pengurusan Siswazah (PPS) di Lobi B, Foyer DECTAR pada hari Konvokesyen. (Sila gunakan pintu hadapan untuk masuk terus ke Lobi B, Foyer DECTAR).


RAPTAI [Atas]
Raptai Majlis Konvoksyen akan di adakan pada 22 September 2011 (Khamis) mulai jam 8.30 pagi di DECTAR. Aturcara raptai adalah seperti dibawah:
MASAATUR CARA
8.30 pagiSemua graduan dijemput terus masuk ke dewan
8.45 pagiKetibaan Pegawai Pentadbiran Universiti
9.00 pagiPerarakan besar masuk ke dewan
9.15 pagiTaklimat oleh Pendaftar UKM
9.30 pagiTaklimat tatacara menerima ijazah
9.45 pagiRaptai bermula mengikut sidang
11.00 pagiBersurai
















BAYARAN YURAN KONVOKESYEN [Atas]
Bayaran yuran Konvokesyen sebanyak RM135.00 akan dikenakan sama ada akan hadir atau sebaliknya. Bagi Graduan yang memulakan pengajian mulai semester 1 2009/2010, Yuran Konvokesyen telah dikenakan dan tidak perlu membuat bayaran untuk Konvokesyen.
Bayaran Yuran Konvokesyen dan Yuran pengajian yang tertunggak boleh dibuat melalui mana-mana kaedah berikut:
1.Di mana–mana cawangan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) menggunakan Slip pembayaran Bil dan dibayar kepada Universiti Kebangsaan Malaysia;
2.Perbankan Internet, CIMB Clicks (Pilih Kaedah ‘paybills’ kepada Universiti Kebangsaan Malaysia, masukkan no. matrik dan jumlah bayaran);
3.Kaunter Penerimaan Jabatan Bendahari (di Bangunan Canselori atau Pusat Pengurusan Siswazah (PPS)) melalui Kad Bank (kad ATM) atau kad kredit sahaja mengikut waktu bekerja yang ditetapkan;
4.Draf Bank/ Cek Bank atau Kiriman Wang atau Wang Pos di atas nama “Bendahari UKM”.
Perincian Kaedah Bayaran ini boleh di rujuk di laman web e-pelajar 'Panduan Yuran Pelajar'.
Semua bayaran hendaklah dijelaskan sebelum urusan pengambilan jubah. Salinan Slip pembayaran hendaklah dikemukakan di kaunter Unit Kewangan pelajar semasa urusan pengambilan jubah.
Bagi Graduan yang tidak hadir pada Majlis Konvokesyen sebarang bayaran hendaklah dijelaskan sebelum urusan pengambilan skrol atau keputusan peperiksaan.
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap pembayaran yang dibuat menggunakan kaedah selain dari yang dinyatakan di atas.
Sebarang pertanyaan berkaitan yuran konvokesyen dan yuran tertunggak (sekiranya ada), sila hubungi talian 03-8921 5165/4439.
*GRADUAN PUSAT KEMBANGAN PENDIDIKAN (PKP):
Bayaran yuran konvo hendaklah dibuat di mana-mana cawangan Bank Islam Malaysia Berhad(BIMB) ke dalam akaun UKM No : 1202 901 004 8579 - Pusat Kembangan Pendidikan,UKM dengan menggunakan slip Pembayaran Bil yang terdapat di Cawangan BIMB dan salinan tersebut hendaklah dibawa bersama semasa mengambil JUBAH.
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi talian 03-89213495/4078/4197.



PERATURAN PAKAIAN GRADUAN [Atas]
Graduan yang hadir ke Majlis Konvokesyen diwajibkan mematuhi peraturan berpakaian yang ditetapkan seperti berikut:
LelakiPerempuan
Pakaian
Berpakaian Kemas,Baju Kebangsaan atau Lounge Suit serta bertali leher UKM. 
Pakaian
Berpakaian kemas, baju berlengan panjang dan
labuh pada paras buku lali tanpa belah serta
tidak menutup muka. 
Jubah dan Topi Graduan:
Mengikut warna Fakulti dan Diploma yang telah ditentukan.
Kasut:
Kasut kulit (selipar, capal dan kasut sukan tidak dibenarkan)
Peringatan:
Berseluar Jean adalah sama sekali dilarang. Graduan lelaki juga tidak dibenarkan berambut panjang. Graduan yang tidak mematuhi peraturan pakaian ini tidak akan
dibenarkan masuk ke dalam dewan untuk Majlis Konvokesyen


PAKAIAN TETAMU GRADUAN [Atas]
Tetamu yang hadir ke Majlis Konvokesyen diwajibkan mematuhi peraturan berpakaian seperti berikut:
Tetamu LelakiTetamu Perempuan
Pakaian
Berpakaian Kemas, Baju Kebangsaan atau Lounge Suit serta bertali leher atau Berpakaian Kemas dan Sopan 
Pakaian
Berpakaian kemas berlengan panjang dan labuh pada paras buku lali tanpa belah serta Kemas dan Sopan
Kasut:Kasut kulit (selipar, capal dan kasut sukan tidak dibenarkan)
Maklumat tambahan:
1. Graduan dan tetamu diminta bekerjasama mematuhi peraturan berpakaian yang telah disebutkan di atas. Kegagalan mematuhi peraturan tersebut akan menyebabkan graduan dan tetamu dilarang memasuki dewan untuk menghadiri Majlis Konvokesyen.

2. Tetamu digalakkan membawa baju tebal kerana suhu di dalam dewan agak sejuk dan bersarapan pagi/makan tengahari kerana acara akan berlangsung selama 4 hingga 5 jam. 


KAD JEMPUTAN (GRADUAN DOKTOR FALSAFAH, SARJANA & DIPLOMA SISWAZAH) [Atas]
Setiap graduan dibenarkan membawa dua (2) orang ahli keluarga atau tetamu sahaja. Pas masuk dan pelekat kereta akan diberikan semasa pengambilan jubah. Kanak – kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam Dewan Konvokesyen.


Sekian terima kasih..

ley klik semakan konvokesyen utk maklumat lanjut...

No comments:

Post a Comment