Salam,
Dalam sibuk2 saya menanda tutorial students sy ni, terpanggil pula nak baca blog elia.. sbb dari semalam sy susah hati lepas dpt tau kat harian metro ckp apex n elia dah putus tunang... elia ni blogger famous 'jejariruncing.blogspot.com' n merupakan tunang khairul fahmi che mat aka apek (gol keeper m'sia tu la... kalu korg lgsg xamik port psl bola kan)..mmg elia dah update kat blog dia, psl dia rs terkejut apex bgtau press dorg dah putus, sdgkan elia sndiri xtau ape2... sy rs lagi sedih sbb bile baca dorg sepatutnya kawen ujg bulan oktober ni.. mksdnye lbh kurang jgk dengan wedding sy n hezri... so, ape2 pon sy doakan yg terbaik utk dia.. hal kesah yg dulu xpayah nk diingat, kalu kite dok bercinta 7-8 tahun pon, tapi kalu dia bkn jodoh kita, kite ttp xdpt bersama ngn dia..
sebelum tu sy nak petik sket nota dari 1 blog psl dugaan perkahwinan ni.. sy harap kita semua yg bertunang ni dp renung2kan segala perkara yg berlaku pada kita.. ape2 hal pon yg terbaik hanya dtg dr Allah, yg buruk itu jgk dtg dr Dia tetapi melalui kekhilafan kita sndiri..
sempena Ramadhan ini, saya nak ucapkan selamat berpuasa, dan ingin memohon maaf sekiranya terdapat sebarang perkara yg tdk baik telah sy lakukan kpd anda.. semoga Ramadhan kali ini membwa seribu makna dan penuh keberkatan kpd kita...amin..
Menurut Dr.Yusof Al Qardawi, pertunangan adalah ikatan antara lelaki dan perempuan yang juga membawa makna menzahir dan mengiklankan kehendak / kemahuan seseorang untuk berkahwin dengan seseorang wanita tersebut. Meskipun begitu, di dalam ikatan ini, tiada hak tercetus di antara pasangan ini kecuali hak bagi seorang lelaki itu melamar perempuan tersebut dengan harapan, tiada lelaki lain yang akan meminang (atau memohon untuk berkahwin) perempuan tersebut. Kebanyakan para ulama mengatakan hukum bertunang adalah diharuskan atau dibolehkan.
Datang pula persoalan, berapa lamakah sepatutnya pertunangan berlangsung? Jumhur ulama mengatakan bahawa tempoh pertunangan hendaklah tidak dilamakan atau sebaiknya dipercepatkan.
Maka jelaslah, agama Islam amat menitik beratkan akan perkahwinan dan pertunangan menjadi pintu gerbang ke arah perkahwinan dengan masih menetapkan syarat-syarat penjagaan akidah dan iman seorang muslim. Dengan itu pertunangan tidak menghalalkan persentuhan antara pasangan, tidak menghalalkan zina dan tidak menghalalkan khalwat.
Rata-rata berkata, apabila mereka bertunang, barulah merasakan betapa seriesnya hubungan mereka dengan pasangan dan betapa komitednya pasangan mereka dengan diri mereka.
Tidak hairanlah ketika pertunangan berlangsung inilah begitu banyak dugaan yang datang, begitu banyak perkara hendak diuruskan dan begitu panjang rasanya masa untuk menanti perkahwinan.
Dari sudut perkahwinan, pertunangan merupakan laluan terpenting sebelum tiba di jeti perkahwinan. Begitu berolak, begitu juga kemudian yang perlu dibetulkan agar perkahwinan tercapai.
Perkahwinan bukanlah hanya suatu majlis tetapi suatu ibadah yang sangat tinggi nilainya. Sehinggakan Allah mengurniakan berlipat kali ganda kebaikan bagi mereka yang berkahwin. Dan perkahwinan itu melengkapkan separuh iman seseorang lelaki.
Jika begitu, kenapa pula dugaan pasti mengunjung para mereka yang menuju ke arah ibadah yang tinggi nilainya ini?
“Apabila Allah cinta kepada suatu kaum, mereka diuji. Barang siapa reda menerima ujian itu, Allah reda pula kepadanya. Dan barang siapa yang marah (tidak reda), maka Allah pun murka kepadanya.” (Hadis riwayat Imam At-Tarmizi)
Melalui dugaan, maka bertambahkan keimanan kita apabila kita laluinya dengan penuh kesabaran. Apabila kita sudahi dugaan dengan berjayanya, maka kita merasa lega dan tenang. Dugaan juga membuatkan kita matang dan lebih mengenali antara pasangan kita.
Dugaan yang diceritakan kepada saya
1. Bergaduh Antara Tunang
Berlaku perselihan faham dan perselihan pendapat hinggakan berlaku pergaduhan. Adakalanya pergaduhan itu disebabkan perkara yang terlalu kecil dan adakalanya melibatkan kisah-kisah lama.
2. Kemalangan
Kemalangan yang disebakan kecuaian sendiri atau orang lain juga sering kali berlaku. Sepupu saya sendiri mengalami kemalangan motosikal 2 minggu sebelum perkahwinan. Sebab itulah orang tua-tua berkata, orang hendak mendirikan rumahtangga ini berdarah manis.
3. Kekurangan Kewangan
Ada juga yang terpaksa meminjam wang dari ibu bapa , bank dan ada yang terpaksa menjual kenderaan sendiri kerana kesempitan menjelang perkahwinan. Namun, apa yang peliknya, selepas selesai majlis, rezeki mencurah-curah. Alhamdulillah
4. Vendor Majlis Perkahwinan
Sedangkan vendor untuk catering, fotografi, dewan, juru makeup dan pakaian sepatutnya memudahkan persiapan, kadang-kala mereka ini yang membuatkan kepala kita hendak pecah. Ada yang cancel last minute, ada yang melarikan diri, baju salah buat, dewan bertembung tarikh dengan orang lain dan ada yang menipu pakej. Sabar. Ini dugaan.
5. Parent Ubah Fikiran
Sama ada ibu bapa pengantin lelaki atau perempuan berubah fikiran, tentu kegelisahan teramat sangat dpt dirasai. Lebih-lebih lagi apabila wali tidak membenarkan pernikahan. Ada juga yang berubah fikiran seperti tempat majlis, jumlah hantaran, baju dan konsep majlis.
6. Masuk campur orang lain
Isu ini kadang-kala menjadi kelakar, apabila orang lain yang nak kahwin orang lain pula yang sibuk-sibuk, macam dia pula yang nak kahwin. Selalu terjadi kepada anak pertama yang akan berkahwin, kaum ibu selalunya beria-ia sehinggakan semua keputusan dia yang buat. Terpulang pada bakal pengantin, ada yang beranggapan ini satu kemudahan dan ada pula beranggapan menyusahkan.
Apapun dugaannya, tentu hikmahnya ada. Sedar tak sedar, selepas sehari atau seminggu atau sebulan, atau setahun atau mungkin selepas anak ke 10 baru sedar dan insaf akan hikmahnya.
Teruslah bersabar kerana setiap dugaan dan cabaran membuatkan kita lebih matang dan lebih berkeyakinan.
No comments:
Post a Comment