nuffnang jugak..

Sunday, February 7, 2010

Fadhilat Al-Quran

Credits to Nizma Izzati

SURAH YANG SANGAT BAIK DIBACA
Di antara surah-surah yang sangat baik untuk dibaca ialah:
1. Surah Yasin, Ia merupakan surah jantung al-Quran (Hadith Riwayat Ahmad)
2. Surah ar-Rahman, ia diibaratkan gadis pengantin (Hadith Riwayat al-Hakim)
3.Surah al-Aa’la, ia adalah surah yang sangat digemari oleh baginda Rasulullah s.a.w. (Hadith Riwayat Ahmad)
4. Surah al-Fatihah, ia merupakan pokok al-Quran (Hadith Riwayat al-Bukhari).
5. Surah al-Kahfi, ia adalah tempat naungan pada hari akhirat (Hadith Riwayat al-Bukhari)
6. Surah as-Sajadah, ia sangat digemari oleh baginda Rasululla s.a.w. (Hadith Riwayat at-Tarmizi).
7. Surah al-Mulk, ia adalah surah yang memberi syafaat pada hari akhirat nanti (Hadith Riwayat Ibnu Majah).
8. Surah an-Nas dan al-Falaq, ia adalah surah yang memberi perlindungan pada hari akhirat nanti (Hadith Abu Daud).


FADHILAT SURAH AL-MULK
Abu Hurairah radi-Allaho ‘anho meriwayatkan bahawa Rasul-Ullah sall-Allaho ‘alaihe wa sallam bersabda. “Ada satu surah didalam Al-Quran yang terdiri daripada tiga puluh ayat yang akan mensyafa’ati memberi syafa’at ) kepada seseorang (pembacanya) itu, sehinggalah ianya diampunkan. Ini adalah surah Tabarak-al-ladhi.”
Tentang surah Tabarak-al-ladhi ini ada satu riwayat yang lain menyatakan bahawa Rasul-Ullah sall-Allaho ‘alaihe wa sallam bersabda, “Hatiku menghendaki supaya surah ini berada didalam setiap hati orang-orang yang beriman.”
Mengikut satu hadith, seseorang yang membaca dua surah iaitu Tabarak-al-ladhi dan Alif-Lam-Mim-Sajdah diantara sembahyang Maghrib dan Isya dan Alif-Lam-Sajdah adalah seumpama sesorang yang berdiri sembahyang untuk sepanjang malam Lailat-ul-Qadar (malam ke27 Ramadhan, dibulan puasa dan bulan ke-9 didalam kiraan Islam ). Adalah diberitakan juga bahawa jika seseorang itu membaca dua surah ini, tujuh puluh kelebihan akan diperolehinya dan tujuh-puluh dosa-dosa akan dihapuskan. Mengikut riwayat yang lain, jika seseorang itu membaca dua surah ini, ganjaran pahalanya adalah menyamai orang yang berdiri sembahyang sepanjang malam ‘Lailat-ul-Qadar. Ini juga telah disebutkan didalam Mazahir.
Tarmidzi rahmat-Ullah ‘alaih meriwayatkan daripada Ibn-e Abbas radi-Allaho ‘anho : ” Sekumpulan Sahabat telah mendirikan satu khemah distau tempat tanpa mengetahui bahawa disitu terdapat sebuah kubur. Dengan tiba-tiba, mereka-mereka yang mendirikan khemah itu mendengar seorang sedang membaca surah Tabarak-al-ladhi. Merka pun menceritakan peristiwa itu kepada Rasul-Ullah sall-Allaho ‘alihe wasallam yang menerangkan kepada mereka bahawa surah ini akan menjaga mereka daripada azab Allah dan menjaminkan keselamatan.”
Jabir radi-Allaho ‘anho meriwayatkan bahawa Rasul-Ullah sall-Allaho ‘alaihe wa sallam tidak akan pergi tidur sebelum membaca surah Alif-Lam-Mim-Sajdah dan Tabarak-al-ladhi.
Khalid Ibn-e Ma’dan radi_Allaho’anho telah berkata bahawa ia pernah mendengar satu riwayat yang mengatakan bahawa ada seorang pendosa beasr yang pernah membaca surah Sajdah tetapi tidak pernah membaca surah yang lain-lain. Surah ini telah mengembangkan sayapnya diatas orang ini dan memohon kepada Allah, “Wahai Pemberi Rezekiku! orang ini kerapkali membaca daku. ” Dengan syafa’at dari surah ini diterima oleh Allah lalu diperintahkan supaya setiap dosa yang dimasukkan didalam kiraannya digantikan dengan pahala.
” Khalid Ibn-e Ma’dan radi-Allaho ‘anho juga telah meriwayatkan bahawa , “surah ini akan merayu bagi pihak pembacanya didalam kubur dan berkata, ‘Ya Allah ! jikalau aku ini berada didalam kitabMu, maka terimalah syaf’atku, jika tidak hilangkan lah sahaja daku ini daripada KitabMu ! Surah ini akan muncul didalam bentuk seekor burung,mengembangkan sayapnya keatas mayat itu dan menjaganya daripada siksaan kubur, : Ia telah meriwayatkan semua sekali kelebihan-kelebihannya yang mengatasi daripada segala surah Tabarak-al-ladhi ini. Ianya sendiri tidak akan pergi tidur sehingga lah ia membaca dua surah ini.
Ta’us rahmat-Ullah ‘alaih telah berkata . “Kedua-dua surah ini mendatangkan enam-puluh kelebihan-kelebihannya yang mengatasi daripada segala surah-surah.
Siksaan didalam kubur bukanlah satu perkara yang biasa. setelah meningal dunia. tingkat pertama seseorang itu mesti lalui ialah kubur. Apabila Hadrat Uthaman radi-Allaho ‘anho berdiri diatas sebuah kubur, ia akan menangis dengan begitu sekali sehinggalah janggutnya dibasahi air-matanya. Seseorang telah bertanya kepadanya mengapakah menangis begitu rupa jika disebut kubur daripada disebutkan Syurga atau Neraka.
Ia menjawab, “Aku telah mendengar dari Rasul-Ullah sall-Allaho’alaihe wa sallam bahawa kuburlah tempat persinggahan yang pertama untuk menuju akhirat. Barangsiapa terselamat daripada azabnya , peristiwa-peristiwa selanjutnya akan mudah baginya. Dan sesiapa yang tidak selamat daripada azab didalamnya, kepadanya peristiwa yang akan datang kelak menjadikan lebih sukar sekali. Dan daku juga mendengar bahawa tidak ada satu gambaran yang lebih menakutkan dan menggerunkan selain daripada apa yang ada didalam kubur.
Ya Allah ! selamatkanlah kami daripada azab ini dengan keampunanMu.

FADHILAT SURAH AL-FATIHAH
1. Untuk Penawar Racun & Kala Jengking
Isilah gelas dengan sedikit air yang dicampur dengan sedikit garam. Bacakanlah surah al Fatihah 7 kali pada air di dalam gelas itu. Kemudian berilah orang yang disengat lipan itu minum dan usapkanlah sedikit di bahagian sengatan tadi. Insyaallah dengan ikhtiar itu racun yang ada di dalam badan akan menjadi tawar sehingga cepat sembuh kembali.
2. Untuk Menghilangkan Sifat Lupa
Tulislah surah al Fatihah pada bekas air seperti gelas, piring, dan lain-lain) yang bersih lagi suci. Lalu tuangkanlah air ke dalamnya supaya tulisan itu terhapus. Kemudian berilah minum kepada orang yang selalu pelupa. Insya Allah usaha ini akan berhasil dengan kesabaran.
3. Untuk Penyembuhan Segala Penyakit
Ambillah sebaldi air lalu dibacakan surah ini kepada air itu sebanyak 40 kali. Kemudian basuhlah kedua tangan, kedua kaki, muka,kepala dan seluruh anggota badan sampai rata dengan air itu. Insya Allah dengan ikhtiar ini, penyakit yang dialami akan sembuh. Lakukanlah berkali-kali.
4. Untuk Penyembuhan Penyakit Mata
Bacalah surah ini 41 kali sehabis sembahyang subuh kepada orang yang sakit mata. Kemudian usapkanlah ke mata pesakit dengan sedikit air ludah iaitu selepas membaca al Fatihah. Insya Allah akan sembuh dengan berkah yang ada pada surah al Fatihah ini.

FADHILAT SURAH AL-IKHLAS
Disebut surah al -ikhlas (menyelamatkan) kerana surah ini menyelamatkan orang yang membacanya dari kesulitan-kesulitan dunia juga sakaratulmaut dan menyelamatkannya dari gelap gelita kubur dan tragedi-tragedi hari kiamat.
Dari Ubay ibn Ka’b r.a dari Nabi s.a.w.
“barangsiapa membaca surah al-ikhlas satu kali maka Allah memberikan kepadanya dari pahala seorang yang beriman kepada Allah, malaikatNya, kitab-kitabnya dan rasul-rasulNya, dan dia memberi kepadanya – dari – pahala seperti pahala orang mati syahid”.
Dari Abu Hurairah dari Nabi s.a.w. beliau bersabda yang bermakna:
“Barangsiapa membaca Qulhuallah maka seakan-akan ia membaca seperti sepertiga al-Quran.”
Bersabda Rasulullah yang bermakna:
“Barangsiapa membaca Qulhuallah 3x maka ia seperti membaca al-quran seluruhnya.”
bersabda rasulullah saw:
“Barangsiapa yang membaca surah al-ikhlas dalam sembahyang-sembahyang fardunya maka Allah SWT mengampun kepadanya dan kedua orang tuanya, dan menghapuskan namanya dari buku induk orang-orang yang celaka dan menuliskannya didalam buku orang-orang yang beruntung.”
Sabda Rasulullah yang bermakna:
” barangsiapa yang membaca al-ikhlas 10x maka Allah membangunkan untuknya rumah di dalam syurga.”
Imam al-Thabarani dari sahabat Jabir ibn Abdillah r.a. yang bermakna:
“Barangsiapa membaca Al-ikhlas setiap hari 50x maka ia kelak di hari kiamat dipanggil dari kuburnya,”Bangunlah kamu, hai orang yang memuji Allah SWT, maka masuklah ke syurga.”
Maka janganlah lupa membaca al-ikhlas 10x setiap selesai sembahyang fardu.
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, bahawasanya:
“Barangsiapa yang membaca al-ilklas 100x di dalam atau di luar sembahyang maka Allah SWT menulis untuknya bebas dari neraka.”
Diriwayatkan oleh Imam Sahal ibn Sa’d r.a:
“Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w. diadukannya kefakirannya, lalu beliau s.a.w.bersabda:
maksudnya”Apabila kamu masuk rumahmu maka ucapkan salam jika di dalamnya ada seseorang dan jika tidak ada seseorang di dalamnya, maka ucapkan salam atas dirimu, lalu ucapkan salam keatas nabi s.a.w. dan bacalah al-ikhlas satu kali.”
FADHILAT SURAH YASSIN
RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “Bacalah surah Yassin
kerana ia mengandungi keberkatan”, iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi
kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang
dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah
meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10.Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada
penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai
hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah
Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca
al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, “Apabila datang ajal orang yang suka
membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat
berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya
diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut
menyembahyangkan jenazahnya”.
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka
membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa
minuman untuknya.Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya
dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa
sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: “Sesiapa bersembahyang
sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama
surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf
cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima
suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70
orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan
ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

No comments:

Post a Comment