Credits to Dr Aziz UiTM 
Sakit Bila Datang Bulan.  
- Dr  Norlida bt Hj Kairon (Pakar O&G, Al-Islam Specialist Hospital) 
Insan yang dipanggil wanita ini melalui berbagai  fasa dalam hidup mereka samada dari fasa baligh,reproduktif seterusnya menopos.  Yang pastinya ia tidak lepas dari pembabitan kedatangan haid bulan-bulan.  ‘Datang bulan’, ‘datang kotor’ , ‘mens’ atau haid semuanya sama. Pasti tidak  lengkap sekira ingin mendalami masaalah seseorang wanita tersebut, tanpa sejarah  haidnya. 
Pengaliran haid setiap insan wanita itu  berlainan dengan yang lain. Dari segi jumlah hari aliran juga kitarannya. Yang  pasti ada pula yang mengalami senggugut ataupun sebaliknya 
APA ITU SENGGUGUT? 
Senggugut atau  ‘dysmenorrhoea’ bermakna pengaliran haid yang sakit . 
Ia merupakan masaalah yang paling kerap dihadapi  oleh wanita  dibandingkan dengan semua masaalah sakit puan yang lain. Ia juga  merupakan runggutan mereka yang mengakibatkan ketidakhadiran atau cuti sakit  dari kerja , sekolah dan dari aktiviti lain. Senggugut boleh disebabkan oleh  berbagai faktor. 
Haid normal yang sakit ketika pengalirannya di  panggil senggugut primer, sementara senggugut sekunder adalah apabila sakit  setelah beberapa bermulanya haid atau sesudah haid, disebabkan oleh penyakit  sistem reproduktif seperti endometriosis. 
SENGGUGUT PRIMER 
Senggugut primer adalah akibat dari pengecutan dinding rahim lebih kuat dari biasa untuk mengeluarkan  lapisan dinding rahim yang tebal. Akibat dari itu, pengaliran darah juga  terganggu lalu menambah kesakitan tersebut. Ada sebahagian wanita ‘sembuh’ dari  sakit ini setelah kehamilan dan kelahiran anak.     
Selalunya ia  berlaku pada permulaan kitaran yang subur terutamanya pada umur awalan 20an.  Walaubagaimanapun, sebarang  peringkat umur boleh mengalami haid yang sakit ini. 
Beberapa jam sebelum haid, atau bersama aliran  darah. 
Ianya selalu berlaku dengan 
     -  rasa lenguh dan sakit di bahagian bawah  perut, belakang, sesekali ke kaki. S akit yang datang secara ‘crampy’/mencengkam atau  sakit berterusan atau kedua-duanya. 
Kadang-kadang ia bersama Simtom Pramensus(PMS),  seperti ; 
    * tegang pada payu-dara 
    * pening kepala , 
    * rasa ‘pitam’    
    * perut kembung 
    *  mual(50%) dan muntah( 25%) .  
    *  sembelit atau ceret-beret (35%) 
    * tekanan emosi; merasa letih, muram dan  cepat marah 
Sakit  selalunya melebihi 24 jam dan berkurangan dalam satu hingga dua hari.  Pada keseluruhannya apabila pengaliran haid keluar  dengan lancarnya sakit pun hilang 
Faktor risiko 
Kalangan berikut samada satu atau keduanya  adalah berisiko untuk mendapat 
    * Baligh awal ( umur 11 tahun atau awal  lagi) 
    * Sejarah keluarga juga punyai senggugut  
Kenapa ia berlaku?  
Banyak sebab telah di perkatakan tetapi sejenis  hormon  ‘ prostaglandin’ di sabitkan dengan senggugut  primer. Diantara penyebab kepada kecutan rahim ini berlaku, Prostaglandin di  perolehi dengan lebih tinggi konsentrasinya pada wanita ini dan menyebabkan  senggugut ini.                                                         
Kenapa ini berlaku kepada sebahagian tidak  semua?                    
Tidak diketahui kemungkinan bersangkutan dengan  pengeluaran hormon ovulasi yang konsentrasi prostaglandin lebih tinggi?  
Cara Untuk Mengatasi Senggugut primer?  
  1) Tanpa ubat:  
 -  a) Tekanan emosi semasa haid boleh  dikurangkan dengan berehat pada hari pertama atau  permulaan pengaliran haid 
 -   b)  ‘Tuam’ dengan sesuatu yang suam –  air panas dalam beg khas/botol  di bungkus dengan kain tebal yang kemudian di letak di bahagian abdomen (hot  water bag) kemudian bahagian bawah berkenaan. Berhati-hati jangan terlecur  
 -   c) Rajinlah melakukan senaman dan menjaga kesihatan fizikal khususnya.  
          *  Teknik relaksasi – Banyakkan zikir, Yoga (bagi non Muslim), Tai  chi. 
2) Dengan Ubat: 
  -  sekira  gagal ukuran di atas dapatkan rawatan dari klinik  yang  terdekat.   
         a) Ubat penahan sakit seperti paracetamol/ Panadol (jika sederhana sakit)  
       b) Ubat anti prostoglandin seperti  ibuprofen atau ponstan (boleh dapat dari  klinik/hospital) 
         c) Pil perancang  keluarga . Menghilangkan sakit dengan menghalang ovulasi berlaku.  
Ada beberapa keadaan yang boleh  meningkatkan ‘threshold’ sakit langsung memperlihatkan seolah-olah senggugut  bertambah teruk. Faktor yang biasa membuat demikian diantaranya termasuk anemia(  kurang darah), penyakit kronik, kerja berlebihan, stres, diabetes dan tahap  nutrisi yang rendah 
Penggunaan alat dalam rahim (IUD) dan senggugut.  
Setelah di masukkan untuk beberapa bulan pertama  kemungkinan wanita tersebut ada yang mengalami senggugut . Kebanyakan wanita ini  akan terasa kurang sakit apabila IUD tersebut telah ‘serasi’ letaknya dalam  rahim. Ada juga yang telah lama letak tetapi baru terasa senggugut. Sekiranya  ini berlaku di nasihatkan untuk berjumpa doktor pakar untuk memastikan kedudukan  alat itu. Agak kerap di dapati alat ini telah beraleh dan seakan- akan ia akan  ‘terkeluar’ lalu menyebabkan rahim mengecut dengan kuat yakni senggugut.  
Senggugut sekunder 
 Di antara penyakit termasuk 
   * Endometriosis –  sel yang melapisi dinding rahim migrasi ke tempat lain di organ pelvik lalu  menyebabkan sakit ketika haid selalu setelah pengaliran haid menyebabkan sakit  yang teramat sangat 
  * Fibroid – ‘tumor’  atau ketumbuhan bukan barah, dari otot dan tisu yang dari dalam rahim dan di  pengaruhi oleh hormon estrogen. 
  * Jangkitan kuman pada  organ pelvic (PID) . Keadaan ini sering di sabitkan dengan senggugut  sekunder, tapi ada juga sebahagiannya sakitnya berterusan tidak berkaitan dengan  haid langsung. Yang berkaitan, ada sangkut pautan dengan aksi prostaglandin.  
Rawatan Senggugut sekunder  
Ubatan – lebih kepada untuk mengurangkan sakit.  Pil kontraseptif dan anti inflamatori seperti parasetamol, Cox-2,  antiprostaglandin (ponstan). 
Rawatan yang definitif adalah secara pembedahan.  Pembedahan secara laparoskopi atau terbuka (laparotomi). Saperti fibroid dan  endometriosis rawatan pembedahan adalah definitif. 
Kerap berlaku apabila ultrasound jarang  menghasilkan keputusan yang positif, walaupun wanita berkenaan sakit serta  gejala saperti tersebut diatas. Di sini adalah perlu untuk wanita tersebut untuk  melalui rawatan laparoskopi diagnostik untuk menentukan puncanya dengan melihat  lebih dekat penyebab senggugut itu. Adakalanya dengan cara ini biopsi, rawatan  membakar sel-sel endometriosis itu boleh di lakukan sekali. 
Komplikasi 
Komplikasi dari senggugut sekunder bergantung  kepada penyebabnya.  Sekira jangkitan kuman pada system pelvic, boleh meyebabkan  kesan lekatan(scar) pada tiub fallopian dan menganggu system reproduktif. Kesan  boleh mengakibatkan kandungan ektopik. Yakni kandungan luar rahim.  
Endometriosis pula boleh mengakibatkan  kemandulan atau menggangu kebolehan untuk mengandung. 
Ramai memperkatakan yang senggugut berkaitan  dengan kegagalan untuk mengandung atau ketidaksuburan( infertiliti).  
Entiti ini tidak benar. Selagi penyebabnya tidak  dipastikan, sebab majoriti senggugut adalah senggugut primer yang normal.  
Di era bioteknologi ini berbagai ramuan dari  para herbalist juga perawat kecantikan akan mengemukakan berbagai petua termasuk  ramuan untuk mengurangkan sakit. Perlunya kajian saintifik dilakukan untuk  menentukan bahan yang boleh mengurangkan sakit itu. Mungkin juga ramuan tersebut  ada bahan anti prostaglandin, anti inflamatori dan sebagainya. Asalkan ia tidak  di campuradukkan dengan ramuan yang memudaratkan sekira di gunakan pada  jangkamasa yang panjang. 
Nota: saya dapati memang terdapat pelajar dan  staff UiTM yang mengalami masalah period pain ini. Dalam bulan januari 2010  sahaja ada 5 orang pelajar telah datang ke unit kesihatan kerana masalah ini  kesemua senggugut primer. Jika berlaku sila ikut langkah2 diatas. 
sekian. 
DR ABD AZIZ BIN SABRAN, PEGAWAI PERUBATAN UiTM  NEGERI SEMBILAN 
No comments:
Post a Comment