nuffnang jugak..

Friday, October 7, 2011

jumaat minggu sebelum nikah..

Salam,

Selamat petang & Selamat sejahtera..

Di kala petang yang syahdu ini sambil saya membetulkan pernafasan (hidung saya tersumbat akibat selesema) saya baru teringat nak berkongsi cerita mengenai konvokesyen saya yang baru aje tamat (aje lah sangat). Konvokesyen saya telah termaktub dalam surat senat UKM bertarikh 26 September 2011 (sebulan sebelum birthday saya.. ingat semua...) dengan rasminya saya dikurniakan Ijazah Sarjana Sains Teknologi Tenaga. Ijazah Sarjana yang tersimpan seribu satu rahsia. Menyimpan pelbagai kenangan even sebelum mendaftar masuk pun ada kenangan yang sukar dilupakan seumur hidup dah..

Untuk pengetahuan umum ini adalah ijazah sarjana saya yang ke dua selepas Masters in Renewble Energy Systems Technology di Loughborough University United Kingdom suatu masa dahulu. Bercucuran air mata nanti kang kalu nak singkap balik kisah di sebalik dua-dua masters ni. Tetapi alhamdulillah syukur saya dapat juga menggenggam ijazah selepas penat jerih menempuh dugaan sepanjang perjalanan dalam menggenggam kedua-dua masters tersebut. Walaupun saya sebenarnya terkandas di penghujung cerita untuk masters pertama saya itu.. Owh.. tidak.. sudah ku bilang jangan diceritai...

Pada tarikh 25 September 2011 iaitu sehari sebelum saya bergraduasi, adik saya yang pertama juga bergraduasi tetapi di UTM Skudai Johor. Maksudnya, ibubapa kami meraikan 2 konvokesyen pada minggu tersebut. Tolak tepi lah cerita bapakku bising-bising sebab lapar dan penat menunggu.. nasiblah.. bukan tiap-tiap tahun dapat konvo pon... ingat senang ke nak konvo tu? itulah hari kemenangan selepas berhempas pulas mengadap buku, buat assignment, bekerja, mengajar, berulang alik.... uishh.... letihnye tak terkira. Dia nak bising, bisinglah sorang-sorang.. patut seronoklah dua-dua anak konvo, sorang dapat master yg ke-2, sorang lagi dapat 1st class dalam Degree of Civil Engineering...aduhai bapakku..

Ok, selepas berkonvo-konvo kini tibalah tarikh yang dinanti.. lagi seminggu saya bakal menamatkan zaman bujang saya. Maksudnya hari ini genap lagi 7 hari sebelum nikah.. Perasaan saya sekarang tidak lah gementar sangat, mungkin sebab saya masih lagi di opis. Tunggulah minggu depan, sure nak pecah jantung tengok persiapan majlis.. huhuhu.. Adekah saya bersedia menjadi seorang isteri? Jawapannya...tettttttttttt....

Ready ke tak ready ke kena jadi jugak... Adakah anda sendiri pasti bila anda akan ready menjadi seorang suami/isteri? tak tahu kan???

Saya nak berkongsi info serba sedikit tempat majlis pernikahan saya yang bakal dilangsungkan itu....



Masjid Negeri, Kuantan, Pahang, MALAYSIA.


Nama rasmi masjid ini ialah Masjid Sultan Ahmad Shah 1, sempena nama Sultan Pahang sekarang. Ianya terletak di tengah-tengan Bandar Kuantan, ibu negeri Pahang. Terletak di Jalan Mahkota, masjid ini terletak di pusat bisnes yang sibuk. Di sekitar masjid ini terdapat bangunan-bangunan kerajaan, bank-bank dan kedai-kedai. Bersebelahan masjid ini ialah sebuah padang bola yang luas.

Masjid ini adalah antara tempat tarikan pelancong ke Kuantan.  Rekabentuknya elegan dan senibinanya halus. Kubah utama di kelilingi oleh minaret-minaret.  Warna temanya ialah biru muda.

Jangan lupa berniat iktikaf dan solat sunat tahiyyatul masjid jika anda singgah di sini.


Bagaimana nak ke sini?

Dari stesen bas Kuantan (Terminal Makmur), anda boleh menaiki teksi. Dari hotel-hotel berdekatan (Hotel Shahzan, Hotel Grand Continental, Hotel MS Garden) anda boleh saja berjalan kaki ke sini.

Dari Kuala Lumpur anda boleh menaiki Malaysia Airlines dari KL International Airport (KLIA). Anda boleh memandu menggunakan lebuhraya pantai timur (KL - Karak – Kuantan) yang mengambil masa 2.5 jam sahaja.
Jarak KL – Kuantan ialah 250 km.

[masjid.jpg]
Jalan masuk ke kawasan parking masjid. Dari kejauhan anda boleh melihat minaret masjid ini.



[masji.jpg]



[untitled.bmp]

Ruang solat muslimin yang luas di penuhi karpet tebal berwarna hijau muda dan hiasan/ukiran  dinding yang ekslusif.


Padang bola di hadapan masjid. Kelihatan juga sebuah hotel.

Hehe.. Jgn lupe tau tgk saya nikah =)


No comments:

Post a Comment